PINJAMAN PERIBADI DI BANK RAKYAT – INI CARA NAK PINJAM

By | October 19, 2021
Rate this post

Kali ini kami akan bercerita sikit berkenaan dengan pinjaman peribadi di Bank Rakyat. Pinjaman ini adalah untuk semua sektor iaitu sektor awam dan juga sektor swasta di Malaysia.

Jadi tujuan pinjaman peribadi di Bank Rakyat ini adalah untuk tujuan macam-macamlah termasuk sekiranya anda nak beli rumah nak langsaikan hutang anda di bank ataupun syarikat-syarikat pinjaman yang lain.

Maka anda boleh membuat permohonan peribadi di Bank Rakyat, ianya bertujuan untuk mendapat wang tunai dengan lebih mudah.

Ciri-ciri pinjaman Bank Rakyat

Ianya berkonsepkan pinjaman peribadi islam, jadi ciri-ciri pinjaman Bank Rakyat ni adalah anda boleh pinjam RM200 ribu ringgit dan tempoh pinjaman tersebut selama 10 tahun.

Pinjaman ini tidak memerlukan penjamin.

 

Kelayakan membuat pinjaman peribadi di Bank Rakyat

  1. Untuk melayakkan anda membuat pinjaman peribadi di Bank Rakyat anda hendaklah seorang warganegara Malaysia.
  2. Berumur di antara 18 tahun dan  maksimum adalah 60 tahun semasa tempoh pembiayaan.
  3. Pendapatan anda pula adalah minimum RM1000 termasuk elaun tetap yang anda terima pada tiap-tiap bulan.
  4. Brkhidmat dalam sektor awam ataupun syarikat GLC yang terpilih.
  5. Tempoh Perkhidmatan Anda Mestilah minimum 3 bulan untuk melayakkan anda memohon pinjaman ini.

 

Kadar Pembiayaan Bank Rakyat

Untuk kadar  pembiayaan dia ada dua jenis iaitu kadar tetap dan juga kadar terapung kita cerita dulu berkenaan dengan kadar tetap.

Secara ringkas kadar tetap ni anda boleh buat bayaran melalui pindahan gaji ke Bank Rakyat, biro perkhidmatan angkasa dan potongan gaji majikan.

Tempoh pembayaran pula adalah di antara satu tahun hingga 10 tahun.

Sekiranya anda ingin membayar dalam masa satu tahun anda akan dikenakan kadar interest 4.64% maka untuk 10 tahun anda dikenakan interest 4.99 persen.

Kadar keuntungan di atas adalah untuk pembiayaan dengan takaful dan tambahan kadar keuntungan sehingga 0.86% atas kadar keuntungan semasa untuk pembayaran selain daripada Takaful.

Baiklah untuk kadar terapung anda boleh membuat  pembayaran bulanan melalui biro perkhidmatan angkasa, melalui potongan gaji majikan juga.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melihat jadual yang kami sertakan di bawah ini untuk maklumat yang lebih terperinci ya.

kadar pembayaran pinjaman bank rakyat

kadar pembayaran pinjaman bank rakyat

 

Kadar terapung bank rakyat

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan semasa membuat pinjaman ini adalah seperti biasa sahaja ianya seperti dokumen yang anda boleh guna semasa membuat pinjaman di bank yang lain, untuk Bank Rakyat anda perlu sediakan:

Salinan Kad Pengenalan atau MyKad, untuk Angkatan Tentera  pula anda boleh gunakan kad mytentera anda.

Lepas itu slip gaji untuk 3 bulan Terakhir penyata bank untuk 3 bulan Terakhir dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut iaitu:

Surat pengesahan majikan atau borang EA.

 

Fi & Caj Pinjaman peribadi di Bank Rakyat

Untuk fi dan caj pinjaman bank rakyat anda boleh rujuk jadual berikut.

Fi & Caj Pinjaman peribadi di Bank Rakyat

Fi & Caj Pinjaman peribadi di Bank Rakyat

 

 

SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN PERIBADI ANDA

 

Leave a Reply